kecik2 cili padi,besar2 cili bo, kecik2 molek lagi,besar2 pandai jubo

Latest Writings

5 Review Attack Apparel - Truly Malaysia


Attack Apparel antara company yang menyediakan T-shirt, Hoodie, Jeans, Cap. design memang lawa bak hang. Attack Apparel juga ada buat Official T-shirt untuk band-band indie dalam malaysia.

Antara BAnd yang Attack Apparel dah keluarkan official T-shirt adalah Massacre Conspiracy, AZURE FOR JANNE, Daarchlea, Horryfied, Mad Monster Attack dan bnyak lagi/

Kasut yang latest stock


Jeans pula


haa macam mana?? berminat tak??
untuk tempahan boleh la anda ke Official Page Attack Apparel atau ke butik-butik yang menyediakan stock attack apparel
1. Attack Apparel General Store, Kota Bharu, Kelantan

(Adress : Mukim Beting Seksyen 37 Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, Kelantan)

2. Dolls Store, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

(Adress : 79 Basement, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia)

3. Invade:The Store, Kuala Terengganu, Terengganu

(Adress : Gerai B027 Sebelah KHB MPKT, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia)

4. RARE Distro, Bangi, Selangor

(Adress : 161, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bangi, Selangor, Malaysia)

ReaD MorE Review Attack Apparel - Truly Malaysia

5 comments.

25 Lalang - Video Renungan Oleh Matlutfi



Video nie kube suka..
menampakan matlutfi semakin matang
kalau kamu layan kisah video matlutfi dari awal kamu akan nampak bagaimana matlutfi jadi matang

ambik kooo
sorang2 kena pangkah
nie la politik kan... heheh

ReaD MorE Lalang - Video Renungan Oleh Matlutfi

25 comments.

0 Neelofa HOT!!! Dalam Majalah InTrend edisi Feb 2012

Neelofa memang hot la kan. Tengok pun dah tahu. hehe
kali nie InTrend Menampilkan Neelofa sebagai COVER mereka

perh!!! melelehh ooo

berikut gambar2 hot Neelofa dalam InTrend






ReaD MorE Neelofa HOT!!! Dalam Majalah InTrend edisi Feb 2012

0 comments.

0 Nazmi Faiz dilamar Cardiff City


Pengurus BlueBirds Malky Mackay baru pulang dari malaysia untuk membuat rundingan membawa Nazmi Faiz permain bola sepak malaysia yang berusia 17 tahun ke Cardiff City

Nazmi menjadi tumpuan apabila menjadi permain yang termuda dalam skuad olimpik Malaysia di Jakarta baru-baru ini.

Mackay berada di malaysia untuk melihat inisiatif antara hubungan Malaysia dan Cardiff City yang dinamakan sebagai 1malaysia Cardiff City

Pemilik Cardiff City Dato Chan Tien Ghee berharap hubungan antara malaysia dan club miliknya akan menjadi kenyataan

Safee sali dan Shafiq Rahim juga pernah ke Cardiff City untuk menjalani ujian tapi keputusannya sangat mengecewakan.

Dato Chan Tien Ghee juga ada mengulas tentang bakat muda di malaysia

“Malaysia possesses a vast pool of talented and skilled footballers as well as many aspiring ones,” s

“Safee and Safiq Rahim were at Cardiff for trials and both were exposed to different kinds of training,”

“We will continue to give opportunities to players and coaches as the club are a part of Malaysia.”

Cardiff City juga menawarkan Jurulatih B-23 malaysia iaitu Ong Kim Swee untuk menghabiskan masa di club tersebut.

Sumber : Walesonline

ReaD MorE Nazmi Faiz dilamar Cardiff City

0 comments.

0 Video Sekumpulan Orang Gila - Grenade (Bruno Mars - Screamo cover)



For More Info About The Band Please Visit Below Link

http://www.facebook.com/sekumpulanoranggila
http://www.twitter.com/weareSOG
http://sekumpulanoranggila.tumblr.com
Contact
sekumpulanoranggila@yahoo.com

Sekumpulan Orang Gila - Grenade (Bruno Mars - Screamo cover Mp3 Version

ReaD MorE Video Sekumpulan Orang Gila - Grenade (Bruno Mars - Screamo cover)

0 comments.

0 Luahan Hati Ally Tentang Perkahwinan Dengan Farah Lee

Tanggal 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433, pengacara terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36 bakal melangsungkan majlis pernikahan bersama pilihan hati, Nurfarahin binti Romli,23. Memilih Masjid Kristal, Kuala Terengganu sebagai saksi penyatuan mereka.

Nurfarahin nie atau nama popular nya Farah Lee ialah pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, Incheon, Korea Selatan.Farah Lee dan Ally akan tamatkan zaman bujang mereka pada Jumaat ini.
1. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Ally bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Farah, pada Jumaat ini. Mungkin Ally boleh kongsikan debaran Ally sebelum bergelar seorang suami.
Saya sedang gemuruh dalam tenang. Perasaan ini belum pernah saya alami. Sesekali saya perasan tindak tanduk saya tidak keruan. Nasib baik minggu ini tak bersiaran.
2. Persiapan Ally untuk melangkah ke ‘stage’ baru.
Alhamdulillah persiapan fizikal (hantaran, urusan majlis) berjalan baik. Sekarang ini saya sedang membuat persiapan mental dan jiwa. Begitu banyak yang perlu saya pelajari dan hayati.
3. Kongsikan perkenalan antara Ally dengan Farah.
Nurfarahin diperkenalkan oleh ahli keluarga. Saya kemudian disyorkan untuk menghubunginya. Kali pertama kami berhubung di Facebook. Selepas berhubung saya terus menyatakan niat saya untuk mencari seorang isteri. Ditakdirkan, dia juga memaklumkan keinginan mendirikan rumah tangga. Kebetulan Farah sedang cuti semester dan berada di Malaysia, lalu kami bersetuju untuk bersua muka untuk bertaaruf.
Kali pertama kami berjumpa di penghujung Ramadan. Saya bawa ibu dan adik sebagai ‘endorser’, manakala Farah ditemani kawan baiknya. Alhamdulillah hati saya terpaut (ibu dan adik turut memberi isyarat ‘like’) dan Farah juga memberi respon positif. Lalu saya menyatakan perancangan untuk bertemu keluarganya dan Farah bersetuju. 3 Syawal, keluarga saya ke rumah keluarga Farah dan pihak keluarga Farah menyatakan persetujuan. Cincin dihadiahkan sebagai tanda dan perancangan perkahwinan bermula.
4. Adakah Ally sendiri menjangkakan akan berkahwin secepat ini?
Tidak. Saya masih ‘kagum’ dengan tahap keyakinan saya untuk membuat keputusan yang sangat besar dalam hidup dalam masa yang begitu singkat. Saya berpegang kepada redha Allah terhadap setiap keputusan yang saya buat, selagi ia berkaitan dengan sesuatu yang baik dan membawa kebaikan.
5. Apakah ciri-ciri Farah yang membuatkan Ally jatuh cinta dengan anak ke-4 daripada 5 beradik ini?
Saya belum berkesempatan untuk jatuh cinta dengan Farah. Pendiriannya yang tegas adalah faktor utama saya tertarik dan menghormatinya.
6. Sudahkah Ally bersedia menempuh kehidupan dan cabaran bergelar suami lebih-lebih lagi apabila Ally memutuskan untuk berkahwin dengan pasangan yang 13 tahun lebih muda dari Ally?
Tatkala saya membuat keputusan, bermakna insyaAllah saya bersedia. Jarak usia yang ketara akan membuatkan perhubungan ini penuh cabaran dan dugaan yang mengujakan. Saya pernah jadi muda, dan Farah sedang menempuh alam dewasa, dengan izin Allah, akan ada titik keserasian dan persahaman antara kami berdua.
7. Mungkin Ally boleh kongsikan sedikit tentang majlis pernikahan yang akan diadakan nanti.
Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu tanggal 20 Januari 2012 (Ya Allah dah dekat dah!!!) Majlis dirancang secara kecil dan ringkas di mana tiada tema atau warna khusus. Kami tidak bercadang untuk membuat majlis besar-besaran bagi menghormati pemergian Ayahanda saya ke rahmatullah. Pakaian Farah pada hari itu direka oleh ibu sahabat karibnya manakala baju saya pula dibeli di Shah Alam saja.
8. Majlis resepsi kedua-dua pihak pula akan berlangsung bila dan di mana?
Majlis doa selamat akan diadakan di kediaman keluarga Farah manakala resepsi di pihak lelaki akan diadakan awal Februari depan di Kuala Terengganu.
9. Bagaimana pula dengan perancangan selepas berkahwin?
Belum ada perancangan khusus memandangkan Farah masih belajar. Saya bercadang untuk berulang-alik sekerap mungkin ke Korea untuk melawatnya. Nampaknya, lepas kahwin saya kena kumpul duit banyak-banyak dan ‘book’ tiket awal-awal, hehe. Di musim cuti semester pula, insyaAllah Farah akan pulang ke Malaysia.
10. Soal honeymoon pula?
InsyaAllah akan dilaksanakan selepas Farah tamat pengajian tahun 2013. Walau bagaimanapun, lokasi bulan madu masih belum diputuskan lagi.
11. Harapan Ally dengan perkahwinan yang dibina ini.
Singkat atau lama itu ketentuan Allah. Saya berdoa agar kami saling melengkapi. Saya berdoa agar dapat menjadi imam yang mampu memimpin Farah kepada kebaikan. Saya berdoa Farah menjadi makmum yang mendorong saya kepada kemuliaan. Saya juga berdoa agar kami dikurniakan zuriat yang baik, yang akan terus mendoakan ibu dan ayah mereka setelah kami tiada.


ReaD MorE Luahan Hati Ally Tentang Perkahwinan Dengan Farah Lee

0 comments.

0 Incubus – Adolescents Lyrics+mp3+Video



I’m feeling out of bounds, out of bounds
I’m running out of time, out of time
I know there’s no such thing as either of them
But its doesn’t make me feel any better

Out of sight, out of mind
Out of sight, out of mind
We’re out of time
We’re out of mind
Out of mind
Out of mind
Yeah, yeah

I’m feeling overwhelmed, overwhelmed
It’s getting out of line, line, line
I know I’m not alone
Just adolescents, you and I
It doesn’t make me feel any better

Out of sight, out of mind
Out of sight, out of mind
We’re out of time
We’re out of mind
Out of mind
Out of mind
Yeah, yeah
Out of sight, out of mind
Out of sight, out of mind
We’re out of time
We’re out of mind
Out of mind
Out of mind
We’re out of mind
Yeah

Incubus - Adolescents Mp3

ReaD MorE Incubus – Adolescents Lyrics+mp3+Video

0 comments.

0 Farah Lee Yang Terbaek Untuk Ally Iskandar

hehe so kita cakap pasal Farah Lee sekejap,, hehe setelah kube selongkar page dan blog Farah Lee


Fakta :
-Farah Lee berusia 23 tahun
-adik angkat kepada zizan raja lawak

-Student Mechanical Engineering di Korea
-Bakal Jadi Isteri Ally Iskandar :P

temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

Akhir kata kepada ALLY,hargailah sesuatu yang bernilai pemberiaan tuhan kerana semua lelaki mengidamkan seorang isteri yang cantik dan solehah tapi bukan semua lelaki mendapat anugerah itu. kamu di antara orang yang bertuah itu.

p/s kube doakan korang bahagia hingga akhir hayat

ReaD MorE Farah Lee Yang Terbaek Untuk Ally Iskandar

0 comments.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...